SAKA
**Definasi**
​
-
Dari segi bahasa adalah harta, benda, wang ringgit atau sebagainya yang boleh diwarisi.
-
Dari segi istilah bermaksud makhluk halus dari ilmu tertentu membabitkan jin yang diwarisi secara turun-menurun atau berpindah daripada seseorang yang empunya kepada seseorang yang lain dengan cara menuntut, mewariskan atau dipindahkan.
-
Saka diwariskan samada pewaris itu tahu atau tidak tahu, mahu atau tidak mahu. Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati. Saka juga berpindah kepada anak cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi. Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah dengannya.
​
**Dalil**
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.Firman Allah s.w.t.: **Ertinya** "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6 Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
**ANTARA JENIS SAKA**
​
-
Saka Harimau: menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
-
Saka Buaya: mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
-
Saka Ular: mampu mengawal dan menjinakkan ular.
-
Saka Bomoh: menjadikan milik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
-
Saka Kuat atau Saka Penimbul: menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal.
-
Saka Susuk: menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
​
Kesimpulannya,
Apapun nama yang diberi manusia terhadap saka itu mereka semua tetap dari golongan jin dan iblis yang mensyirik dan memesongkan aqidah manusia.
​
​
**Dalilnya**
Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
**Ertinya**
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah." Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
--
​
CIRI-CIRI SAKA-PEMINDAHAN - FIRMAN
**Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka**
​
-
Gejala pada waktu tidur
-
Susah tidur malam atau tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah
-
Sering terjaga waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
-
Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
-
Kalau mimpi diserang ular, kemungkinan petanda akan disihir.
-
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur (kanak-kanak dikenali dengan sawan tangis)
-
Berdiri dan berjalan ketika tidur
-
Mimpi jatuh dari tempat tinggi
-
Mimpi berada di kawasan kotoran atau di kawasan perkuburan
-
Bermimpi berada di tempat yang sunyi
-
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh atau menakutkan
-
Mimpi melihat budak kecil atau menyusukan bayi
-
Mimpi melihat salib, gereja atau bertemu paderi
-
Merintih dan menangis ketika tidur
2. Gejala waktu jaga
-
Sakit dari bahu hingga kepala (migrain)
-
Selalu lalai daripada mengingati ALLAH atau SOLAT
-
Sering lesu dan malas. Seluruh badan bisa-bisa dan sengal-sengal walaupun tidak membuat pekerjaan
-
Selalu sesak nafas atau tidak puas bernafas
-
Sentiasa berasa sakit dibahagian tulang belakang dan pinggang terutama bagi kaum lelaki
-
Terdapat tanda lebam-lebam di bahagian paha dan lengan terutamanya bagi kaum wanita
-
Melihat sesuatu yang pelik semasa terjaga
-
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor mentakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingatkan bahawa kanser berpunca dari jin
-
Sentiasa mangantuk walaupun sudah cukup tidur
-
Mudah marah dan panas baran yang sukar dikawal
-
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan
-
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
-
Emosional dan terlalu sensitif
-
Berasa takut untuk tinggal sendirian kerana sentiasa berasa ada orang dibelakangnya
-
Sering terdengar namanya dipanggil orang tetapi apabila dicari tiada pemanggilnya
-
Terasa seperti ada ketulan dalam perut (rahim bagi wanita) dan ianya bergerak aktif apabila kita baring atau mengiring. Saka bagi kaum wanita, ibunya (puncanya) adalah didalam rahim
3. Kesan dan akibat daripada saka
-
Orang yang mewarisi saka sukar mendapat zuriat
-
Banyak perkara yang ganjil berlaku dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang yang aneh rupa parasnya namun orang lain tidak dapat melihatnya.
-
Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit malah penyakit aneh yang tidak mampu dikesan
-
Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat
-
Anak kepada anak cucu yang mewarisi saka akan sentiasa menangis semasa kecil dan semasa besar pula berperangai buruk
-
Anak cucu yang mewarisi saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang yang lebih tua daripadanya
-
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang dan tidak aman
​
4. Kesan akhir kepada pewaris saka
-
Sukar untuk melafazkan kalimah syahadah ketika menghadapi sakaratulmaut
-
Menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar
-
Pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun sebenarnya dia sudah meninggal dunia kerana saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya
-
Saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya
5. Tanggungjawab penerima atau pemilik saka
-
Perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit kerana hukum menggguna atau mewarisi saka adalah haram dalam ISLAM
-
Sebagai pewaris, kita boleh membantu arwah yang mengambil saka pada permulaannya apabila kita memutuskan perjanjian ini
6. Rawatan
-
Untuk membuang saka perlu dirujuk kepada pengamal perubatan islam yang berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH serta mengelak daripada berjumpa bomoh
**Masa Saka Berpindah**
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu
​
**Proses Perpindahan Saka**
Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:-
** Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati, jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia
**Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan sepertilayang- layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumahtumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.
**Firman Allah s.w.t. **
*Maksudnya*
“ Iblis menjawab" "Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan
**Allah s.w.t berfirman
“ Sesungguhnya kamI termasuk mereka yang diberi tangguh”
“Iblis menjawab”
"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yanglurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16 ***Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebutakan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati
***Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada
menyimpan mana-mana barangtinggalan si mati.
***Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang
menjadi orang harapankepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan
kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
***Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa
hidupnya iaitu serumah2 dengannya.
--------------------------------------------------------------------------------
CARA-CARA PEMBUANGAN SAKA
Apabila Pesakit Mendapatkan Rawatan Untuk Memulihkan Diri Dari Gangguan Sihir , Mainan Ilmu Hitam , Tetapi Masih Tidak Juga Sembuh.
PENYEBAB DARI SAKA
Ini Disebabkan Gagalnya Melaksanakan PERJANJIAN JAMUAN Yang Dilaksanakan Oleh Keturunan Anda Yang Terdahulu Diatas Pembelaan Makhluk Ghaib Yang Mendamping Mereka, Lalu Mereka Mati Dan Ditinggalkan Keatas Anda(Keturunan) Sebagai SAKA.
PERJANJIAN SAKA
Keturunan Terdahulu Setelah Ia Mati, SAKA akan Terus Mencari Pengganti Dan Mengikuti Dari Keturunan Sama Seterusnya Sehingga AKHIR GENERASI( Dalam Keadaan Menerima Atau Langsung Tidak Tahu Adanya Peninggalan Saka Tersebut).
Tidak ada dari kaum keturunan tersebut akan lepas dari gangguan saka ,setelah perjanjian termaktub diantara JIN DAN GENERASI KETURUNAN
PEYELESAIAN
Penyerahan Saka Haruslah Melalui Pengakuan Penerimaan Yang Dilakukan Secara “Lafaz” Samada Dari Keturunan Ataupun Individu Lain Yang Juga “Manusia” .
“SEKIRANYA….. PESAKIT ENGGAN MENERIMA SAKA KETURUNAN SENDIRI, TETAPI TETAP MAHU MEMUSNAHKAN SAKA TERSEBUT DARI KAUM KETURUNANNYA„
PENYERAHAN SAKA HARUS DILAKSANAKAN Menyerahkan kesemua saka tersebut kepada INDIVIDU yang boleh menerima serta melaksanakan perjanjian Jamuan terdahulu.
KERANA… Ilmu menerima dan membuang saka tersebut adalah ilmu tertinggi di dalam istilah perubatan . Tidak semua perawat memiliki ilmu untuk sanggu dan pembuangan saka tersebut untuk selamanya.
Hampir 90% pesakit yang mendapatkan rawatan dari kami kesemuanya melibatkan GANGGUAN SAKA.
Diantara Mereka dan ramai lagi mengetahui yang mereka memiliki saka dari peninggalan keturunan sebelumnya , tetapi beranggapan saka adalah penjaga/pelindung kononnya jelmaan kehebatan nenek moyang…. ( seperti jelmaan harimau / jelmaan wali/panglima dan sebagainya) Ketahuilah itu adalah saka yang dijelmakan kepada bentuk sesuatu hakikatnya ia adalah JIN dan IBLIS untuk mengelirukan manusia sahaja.
DOA KAMI :Kita hanya berusaha , yang menyembuhkan adalah ALLAH SWT.Kami berdoa agar pesakit yang menjalankan rawatan di pusat rawatan kami beroleh kesembuhan.INSYAALLAH......